Untuk menjadi sebuah syarikat yang mampan, kami mengutamakan keselamatan pelanggan kami terlebih dahulu. Justeru, kami memastikan semua produk yang disenaraikan dalam laman web kami di sini telah diuji dan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis dan Bomba.
Kami juga memastikan semua produk yang disenaraikan di sini telah disimpan dengan selamat memastikan kualiti sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan tidak akan menjadi produk yang rosak. Asalkan anda mengikut prosedur yang betul yang diberikan apabila anda menggunakan produk kami tanpa sebarang salah laku.
Sebagai tambahan, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami merupakan salah satu daripada syarikat yang diberi lesen untuk mengedar dan menjual bunga api (bahan letupan piroteknik).